suria

Ronaldo dimasukkan ke unit rawatan intensif

RONALDO berada dalam rawatan intensif di Ibiza selepas disahkan mengalami pneumonia.

Menurut laporan berita, bekas penyerang Barcelona, Real Madrid dan Brazil yang berusia 41 tahun itu dikatakan menghidapi penyakit tersebut selepas dikejarkan ke Hospital Can Misses di kepulauan Sepanyol pada Jumaat malam.

Pemain itu minta ditukarkan ke hospital swasta Clinica Nuestra Señora del Rosario sebelum tengah malam hari yang sama, lapor akhbar tempatan Diario de Ibiza.

Laporan tersebut menyatakan sumber hospital memberitahu, pemain tersebut masih dalam rawatan intensif, tapi keadaannya semakin pulih.

Kakitangan di Hospital Can Misses berkata, mereka tidak dapat memberikan maklumat atas dasar melindungi data pesakit.

Sementara itu, setakat pagi Ahad tiada sesiapa di hospital swasta Clinica Nuestra Señora del Rosario boleh dihubungi untuk memberikan maklum balas.

Ronaldo yang dianggap sebagai salah seorang pemain terbaik dunia itu memiliki rumah di Ibiza dan sering berkunjung ke pulau tersebut.

Ronaldo dipercayai tiba di White Isle beberapa hari lalu untuk menikmati cuti musim panas.

Bekas pemain tengaj Manchester United dan England, Rio Ferdinand mengucapkan agar pemain itu segera sembuh sebaik mengetahui tentang keadaannya.

Memetik laporan Mirror UK, Ronaldo bersara daripada dunia bola sepak pada 2011 .

Sejak menggantung kasut butnya, pemenang anugerah Ballon d'Or dua kali atau nama penuhnya Ronaldo Luis Nazario de Lima bergelut dengan berat badannya kerana mengalami masalah kelenjar tiroid.

Ronaldo

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain