Shamala letak jawatan jika Speedy Tigers gagal ke Olimpik - Sukan | mStar

Shamala letak jawatan jika Speedy Tigers gagal ke Olimpik

KUALA LUMPUR: Selepas Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) Datuk Seri Subahan Kamal mengumumkan pendiriannya untuk melepaskan jawatan sekiranya skuad hoki lelaki negara gagal layak beraksi di Sukan Olimpik Tokyo 2020, terbaru, timbalannya Prof Datuk Dr Shamala Subramaniam juga akan mengikut langkah yang  sama.

Pendirian itu diluahkan sendiri Shamala yang berasakan beliau  juga perlu melakukan tindakan yang sama selepas lebih tiga tahun berganding bahu bersama Subahan di KHM dengan komitmen pada tahap tertinggi dicurahkan.

“Bagi saya ini adalah komitmen saya kepada hoki. Saya impikan negara kita layak ke Tokyo 2020 (Sukan Olimpik) dan yang paling penting ialah saya mahu semua orang tahu bahawa kami benar-benar memandang serius perkara itu.

"Kami perlu pikul tanggungjawab ini dengan satu harapan iaitu kita dapat mengharumkan nama negara di peringkat tertinggi dan objektif utama adalah kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo,” katanya pada pemberita selepas Mesyuarat Agung Tahunan Kesatuan Hoki Malaysia Kali Ke-65, Sabtu.

Pada mesyuarat berkenaan, KHM turut meraikan skuad hoki wanita negara yang telah muncul juara Siri Terbuka Singapura pada Julai lepas.

Dalam pada itu, Shamala menafikan tindakan beliau dan Subahan itu bakal mengundang tekanan yang seolah memberi desakan keras kepada pasukan hoki lelaki untuk mengutip pingat emas di Sukan Asia 2018 di Jakarta-Palembang Ogos ini.

“Saya rasa tidak ada tekanan untuk pasukan kerana kita semua sangat optimis berkenaan persiapan pasukan ke Sukan Asia.

“Ia merupakan komitmen pemain untuk mencapai satu tahap prestasi yang kita tidak mampu capai selama 20 tahun sebelum ini,” katanya.

Sebelum ini, Subahan yang menggalas tugas itu sejak 2015 mengulangi pendiriannya untuk berundur  jika gagal membawa Malaysia ke Sukan Olimpik 2020, bagaimanapun beliau yakin dengan pelbagai perancangan dan sokongan, Malaysia mampu layak secara automatik.Speedy Tigers membuat penampilan terakhir di Sukan Olimpik ialah pada edisi 2000 di Sydney.

Malaysia mempunyai dua cara untuk layak ke Sukan Olimpik.

Pertama dengan memenangi pingat emas Sukan Asia di Indonesia, Ogos ini selain menerusi kempen kelayakan Siri Hoki Dunia.- Bernama

Shamala , Speedy Tigers

Artikel Sebelum

Shahrom akui Felcra masih 'lapar'

Artikel Berikut

Guardiola bengang dengan masalah Luiz

Klik

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain