suria

Jafri belum fikir musim depan, akui kecewa

KUALA LUMPUR: Penyerang muda PKNS FC, Muhammad Jafri Muhammad Firdaus Chew mengakui belum lagi terfikir mengenai hala tujunya bagi musim depan.

Jelas pemain kebangsaan berusia 22 tahun ini, fokusnya adalah untuk pulih daripada kecederaan (hamstring) serta aksi Piala Malaysia.

“Kontrak akan habis hujung tahun ini. Buat masa sekarang saya belum terfikir mengenainya dan hanya mahu fokus saingan Piala Malaysia terlebih dahulu.

“Buat masa ini saya masih lagi dalam proses pemulihan kerana ia memerlukan masa tiga hingga empat minggu untuk sembuh.

“Mungkin aksi pusingan kedua nanti, saya sudah pulih dan boleh bermain,” jelasnya ketika ditemui selepas majlis pelancaran but baharu kepada pasukan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) pada Khamis.

Jelas Jafri, kecederaannya ini mengakibatkan dia diketepikan daripada skuad Sukan Asia yang akan berlangsung di Indonesia minggu depan.

“Agak rasa kecewa kerana tidak dapat bersama pasukan negara. Namun saya berharap mereka dapat buat dan berikan yang terbaik,” ujar pemain kelahiran Pulau Pinang ini.

Sebelum ini Jafri dipanggil menyertai skuad latihan kebangsaan yang dikendalikan Datuk Ong Kim Swee, namun terpaksa digugurkan selepas mengalami kecederaan ketika sesi latihan.


Jefri Chew, PKNS, B23

Artikel Sebelum

BAM yakin kemampuan pemain

Artikel Lain