Pogba hantar mesej 'terdesak' kepada Woodward - Sukan | mStar

Pogba hantar mesej 'terdesak' kepada Woodward

PAUL Pogba memberitahu Ed Woodward dan rakan pasukannya bahawa dia amat terdesak untuk menyertai Barcelona.

Bintang Manchester United itu menjadi sebutan selepas membantu Perancis menjulang trofi Piala Dunia di Rusia, bulan lalu.

Barcelona mengemukakan bidaan terhadap Pogba dan ejennya, Mino Raiola sedang berada di Old Trafford untuk menyakinkan kelab itu supaya menjual pemain tersebut.

The Daily Mail mendakwa Pogba menghantar pesanan mesej kepada Woodward yang juga naib pengerusi eksekutif United memaklumkan keinginannya untuk meninggalkan United minggu ini.

Pogba kembali menjalani latihan pra musim minggu ini dan mendedahkan kepada kakitangan dan rakan pasukan bahawa dia mahu berpindah ke Camp Nou.

United masih enggan melepaskan Pogba dan tidak melayan sebarang bidaan terhadap pemain itu.

Memandangkan pintu perpindahan pemain akan ditutup pada Khamis, United terpaksa bergelut mencari pengganti Pogba andai perpindahan itu berlaku.

Pogba masih tidak pasti dengan masa depannya di Old Trafford selepas hubungannya mulai dingin dengan Jose Mourinho musim lalu.

Pemain itu menyinar semasa memperkuat Perancis tetapi berang apabila Mourinho mengkritik persembahannya di peringkat kebangsaan.

Mourinho mencadangkan Pogba lebih baik beraksi untuk Perancis kerana dia amat komited memperkuat negara berbanding United.

Paul Pogba , Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain