suria

Mina 'setuju' syarat United

RUNDINGAN Manchester United untuk membawa Yerry Mina ke Old Trafford 'sudah dipersetujui secara praktikal'.

Menurut laporan di Sepanyol, Mina sedia untuk meninggalkan Barcelona pada musim panas ini selepas hanya memperkuat pasukan itu dalam enam perlawanan.

Mina menyertai Barcelona pada awal tahun ini.

Pemain pertahanan itu mempamerkan prestasi cemerlang semasa memperkuat Colombia pada aksi Piala Dunia, bulan lalu.

Susulan itu, dia mula menjadi buruan beberapa kelab termasuk United.

Lyon dan Everton turut berminat tetapi Mina dijangka memilih United selepas kelab itu menghantar perunding, Matt Judge ke Sepanyol.

Mundo Deprotivo mendakwa Mina sudah mempersetujui syarat dengan United dan dia kini hanya menunggu kelab gergasi England itu setuju yuran perpindahan dengan Barcelona.

Mina dan Barcelona mahu berunding dengan United dan Jose Mourinho sudah memberi lampu hijau berhubung perpindahan itu.

Judge bertemu Mourinho di Amerika untuk berbincang mengenai pemain baharu dan Mina merupakan pilihan terbaik pada harga yang lumayan.

Barcelona menetapkan 35 juta pound sterling terhadap Mina dan perpindahan itu boleh dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Artikel Lain