Salah, Mane bertengkar? - Sukan | mStar

Salah, Mane bertengkar?

MOHAMED Salah terpaksa ditenangkan rakan pasukan selepas bertengkar dengan Sadio Mane berhubung tugasan sepakan penalti pada aksi persahabatan pra musim menentang Manchester United di Michigan.

Dua kelab gergasi England itu bertembung sesama sendiri pada petang Sabtu dengan Pengurus United Jose Mourinho mendakwa menurunkan 'pasukan keduanya' menentang skuad utama Liverpool.

Liverpool berada di depan seawal minit ke-28 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Mane.

Salah bertelagah dengan Mane mengenai siapa yang perlu menyempurnakan sepakan tersebut sehingga terpaksa ditenangkan James Milner.

Pemain kebangsaan Mesir itu kelihatan tidak berpuas hati apabila tidak dibenarkan mengambil sepakan penalti tersebut.

Mane berlari ke arah Salah selepas meraikan jaringannya dengan keseluruhan pemain meraikan gol tersebut.

United berjaya mengikat kedudukan tidak lama selepas itu menerusi jaringan Andreas Pereira yang merembat masuk sepakan percuma.

Daniel Sturridge diturunkan dari bangku simpanan dan menjaringkan gol kedua Liverpool pada babak kedua sebelum Sheyi Ojo menjaringkan sepakan penalti untuk gol ketiga pasukan itu.

Pemain baharu Liverpool, Xherdan Shaqiri membuat penampilan pertamanya dan meledak gol keempat pada minit ke-82.

Dalam perlawanan itu Liverpool menundukkan United 4-1.

Mohamed Salah , Sadio Mane , Liverpool

Artikel Sebelum

Sarri lupakan Higuain, puji Morata

Artikel Berikut

Arsenal pesta gol belasah PSG

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain