suria

Skuasy Remaja Dunia: Cabaran negara berakhir

Siow Yee Xian

KUALA LUMPUR: Kemaraan pasukan Malaysia di Kejohanan  Skuasy  Remaja  Lelaki Berpasukan Dunia berakhir selepas tewas mengejut 0-2 kepada pasukan pilihan keenam kejohanan, Republik Czech dalam perlawanan suku akhir yang berlangsung di Chennai, India, pada Jumaat.

Malaysia, pilihan keempat kejohanan ketinggalan selepas Siow Yee Xian kalah 4-11, 10-12, 11-6 dan 2-11 kepada Ondrej Vorlicek dalam perlawanan pertama berlangsung di Express Avenue Mall, menurut laman sesawang kejohanan, www.wsfworldjuniors.com.

Viktor Byrtus menempah tempat ke separuh akhir bagi negara Eropah itu dengan menewaskan Darren Rahul Pragasam 10-12, 11-8, 11-1 dan 11-6 dalam perlawanan kedua.

Terdahulu, juara lima kali, Mesir menang selesa 3-0 dengan Hong Kong dalam  perlawanan  suku  akhir  pertama yang berlangsung di venue yang sama.

Sejumlah 24 pasukan menyertai edisi tahun ini.- Bernama

Skuasy, remaja dunia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Fred sarung jersi No.17

Artikel Lain