suria

"Saya tak perlu berterima kasih kepada Bibi"

Foto kredit: Velizar Popov

PETALING JAYA: Bekas pengendali pasukan Kelantan musim 2016, Velizar Popov enggan mengulas lanjut mengenai penyingkiran skuad itu ke Liga Premier musim depan.

Menurut Popov, dia sekadar meluahkan kekecewaan memandangkan The Red Warriors (TRW) pernah menjadi sebahagian daripada kariernya.

Malah warga Bulgaria berusia 42 tahun memberitahu, dia tidak perlu berterima kasih kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Bibi Ramjani kerana menyelesaikan tunggakan gajinya.

"Saya bekerja dan peroleh pendapatan yang tertunggak.

"Saya tidak ada konflik dengan mana-mana pihak, tetapi ingin saya jelaskan bahawa semua penyokong dan sejarah akan menilai apa yang dia buat kepada kelab itu.

"Itu sahaja. Saya ucapkan selamat maju jaya untuk TRW di masa depan," ujarnya kepada mStar Online.

Sebelum ini Popov kecewa kerana bekas skuad bimbingannya itu tersingkir daripada saingan Liga Super musim depan.

Malah dia menyalahkan Bibi susulan kemerosotan pasukan tersebut.

Bagaimanapun Bibi agak bengang dengan kenyataan Popov itu dan menasihatkan supaya jurulatih asing itu tidak mencampuri urusan Kafa lagi.

Artikel berkaitan

"Popov jangan gila talak!"

Kelantan tersingkir, Popov salahkan Bibi

Bekas jurulatih skuad kebangsaan Maldives itu meninggalkan Kelantan selepas musim 2016 dan membantu pasukan berkenaan menamatkan saingan di kedudukan keempat liga.


Velizar Popov

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Juara-Juara

Artikel Lain