suria

Rooney jawab soalan siapa lagi hebat, Ronaldo atau Messi?

TIADA pemain yang dapat terlepas daripada soalan cepu emas tentang siapakah bintang yang lebih hebat antara Cristiano Ronaldo and Lionel Messi, biarpun berada jauh merentasi Lautan Atlantik.

Wayne Rooney diajukan mengenai soalan debat 'lapuk' itu dalam satu temubual radio di Amerika Syarikat (AS) pada Isnin.

Legenda bola sepak Manchester United itu tampil dalam kemunculan pertama bersama DC United pada hujung minggu lalu selepas menyempurnakan perpindahannya daripada Everton.

Muncul dalam program 'podcast' Pardon My Take pada Isnin, Rooney tanpa teragak-agak menjawab bahawa Messi adalah lebih baik berbanding Ronaldo.

Jawapan itu ternyata mengejutkan hos radio tersebut kerana Rooney membalas dengan pantas.

Rooney ketika menghadiri program tembual radio pada Isnin. - Mirror UK

"Yeah, saya rasa saya sudah katakan tentang hal ini.

"Tetapi, mereka mungkin dua pemain terbaik dalam sejarah untuk bermain bola sepak.

"Saya cuma fikir Messi, di mata saya, dialah yang terbaik," ujar Rooney.

Jawapan itu mungkin akan mengejutkan penyokong bola sepak memandangkan Rooney dan Ronaldo pernah main bersama untuk United selama lima musim.

Mereka berdua juga berjaya merangkul tiga gelaran Liga Perdana Inggeris dan satu Liga Juara-Juara. - Mirror UK

Artikel Lain