suria

Shaqiri sah milik Liverpool

LIVERPOOL mengesahkan sudah memuktamadkan rundingan dengan Xherdan Shaqiri dari Stoke City.

Rundingan antara Stoke dan Liverpool berhubung tawaran bernilai 13 juta pound sterling tersebar baru-baru ini.

Pemain berusia 26 tahun itu diumumkan sebagai pemain ketiga dibawa masuk ke Anfield pada musim panas ini.

Naby Keita dan Fabinho sudah tiba di Anfield awal musim panas ini untuk memantapkan barisan tengah Jurgen Klopp.

Kehadiran Shaqiri berupaya membantu memperkukuhkan jentera serangan Liverpool selain kelibat Roberto Firmino, Mohamed Salah dan Sadio Mane.

Shaqiri sedang bercuti selepas Switzerland tersingkir daripada saingan Piala Dunia.

Namun dia dilaporkan akan menyertai rakan pasukan baharunya pada latihan pra musim minggu depan.

Bekas pemain Bayern Munich itu lulus pemeriksaan kesihatan dengan Liverpool pada Jumaat.

Dia akan menyarung jersi No.23.

"Saya amat gembira berada di sini. Ia kelab besar dengan sejarah hebat, pemain handal dan juga jurulatih menakjubkan.

"Sebagai seorang pemain anda mahu berada di tahap tertinggi dalam bola sepak. Beberapa tahun lalu saya mahu datang ke sini tetapi ia tidak berlaku.

"Saya amat gembira berada di sini akhirnya. Saya mahu memperbaiki diri sendiri dan mahu menjadi yang terbaik. Itu sebab saya berada di sini," kata Shaqiri.

Xherdan Shaqiri, Liverpool

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain