suria

Marotta kunci mulut spekulasi Ronaldo

PENGURUS Besar Juventus Giuseppe Marotta mengambil pendekatan mengunci mulut mengenai spekulasi Cristiano Ronaldo akan menyertai kelab itu pada musim panas ini.

Khabar angin pemenang Anugerah Ballo d'Or itu akan meninggalkan Real Madrid dan menyarung jersi Juventus mula bertiup kencang baru-baru ini.

Difahamkan Madrid bersedia menerima tawaran sebanyak 100 juta euro (RM472.9 juta) daripada Juventus dengan Ronaldo akan menandatangani kontrak sebanyak 30 juta euro (RM141.9 juta) setiap musim.

Hari ini, Moratta dan pengarah sukan, Fabio Paratici berada di Milan dan kedua-dua berjaya dikesan wartawan di bandar itu.

Ketika ditanya sama ada spekulasi Ronaldo akan memperkuat Juventus, Moratta hanya tersenyum dan menjawab tiada komen.

Cristiano Ronaldo, Juventus

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain