suria

Emery diuji lebih awal musim baharu Liga Perdana

Unai Emery

PENGURUS baharu Arsenal diuji lebih awal menjelang saingan Liga Perdana Inggeris musim baharu Ogos ini.

Unai Emery yang menggantikan Arsene Wenger akan berdepan dengan perlawanan ‘back-to-back’ bertemu Manchester City dn Chelsea.

Pada Khamis, Liga Perdana mengumumkan jadual perlawanan musim 2018-19 yang menyaksikan juara bertahan City akan bertandang ke Stadium Emirates bagi aksi pembukaan.

Seminggu kemudian, skuad Pep Guardiola itu akan ke Stamford Bridge.

Sementara itu, Tottenham Hotspur akan menguji stadium baharu mereka White Hart Lane bertemu Liverpool.

Emery bakal menunjukkan sentuhannya bermula 11 Ogos bertemu City, diikuti Chelsea (18 Ogos), West Ham (25 Ogos), Cardiff (1Sept) dan Newcastle (15 Sept).

Jadual penuh perlawanan bakal diumumkan pada 6 dan 7 Julai ini.

Perlawanan minggu pertama Liga Perdana musim 2018-19:

Arsenal lwn Manchester City

Bournemouth lwn Cardiff

Fulham lwn Crystal Palace

Huddersfield lwn Chelsea

Liverpool lwn West Ham

Manchester United lwn Leicester

Newcastle lwn Tottenham

Southampton lwn Burnley

Watford lwn Brighton

Wolves lwn Everton

Liga Perdana Inggeris, 2018-19

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain