suria

Misteri kehilangan Fajer akhirnya terjawab

Fajer Ibrahim.

PETALING JAYA: Misteri kehilangan ketua jurulatih Kelantan, Fajer Ibrahim akhirnya terjawab pagi Selasa.

Menerusi surat yang dituju kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Bibi Ramjani Ilias Khan, Fajer memaklumkan hasratnya untuk meletak jawatan sebagai pengendali pasukan itu.

Dalam surat itu, Fajer turut mendedahkan punca beliau mahu meninggalkan skuad The Red Warriors (TRW).

Pengendali kelahiran Syria itu berkata keputusan tersebut dibuat kerana tugasnya yang sukar, selain kekurangan kemudahan untuk sesi latihan pemain.

“Susulan tugas yang sukar dan kekurangan kemudahan untuk latihan, saya ingin meletak jawatan.

“Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan Kelantan,” katanya dalam surat tersebut.

Bibi ketika dihubungi mStar Online mengesahkan menerima surat tersebut yang dihantar Fajer menerusi WhatsApp.

“Dia hantar surat itu menerusi WhatsApp pagi ini,” katanya.

Jelas usahawan batik itu, tugas Fajer telah diambil alih pembantunya Yusri Che Lah berkuatkuasa pada Isnin.

“Kita sudah kesuntukan masa. Jadi segala tugas Fajer akan diambil alih Yusri Che Lah," katanya.


Fajer Ibrahim, Kafa

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain