suria

Scott Sinclair lamar pelakon depan istana Disneyland

HELEN FLANAGAN kini menjadi tunangan Scott Sinclair.

Bintang bola sepak England berusia 29 tahun itu mengumumkan mengenai pertunangan itu di Instagram pada Khamis menerusi gambarnya melamar helen yang sarat mengandung anak mereka.

Kapsyen pada gambar itu berbunyi: "Dia kata YA," berserta emoji cincin.

Pasangan itu yang sudahpun menjadi ibu bapa kepada anak perempuan berusia tiga tahun, Matilda kelihatan bahagia dalam suasana romantis ketika gambar itu dirakam.

Scott melutut sebelah kaki di hadapan istana Puteri Beradu di Disneyland yang bermandi cahaya lampu di belakang mereka.

Helen dan Scott telah bersama sejak 2009 dan mereka pernah memberi bayangan akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Pelakon wanita itu mengumumkan bahawa dia sedang menantikan kelahiran anak kedua mereka pada Disember depan. - Daily Mail

Scott Sinclair

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain