Mourinho buat apa di Rusia? - Sukan | mStar

Mourinho buat apa di Rusia?

KELIBAT Jose Mourinho menyaksikan perlawanan persahabatan antara Rusia menentang Australia pada Rabu mencetuskan tanda tanya di kalangan peminat bola sepak dunia.

Kamera TV dan penyokong yang hadir sempat merakamkan gelagat pengurus Manchester United itu yang dilihat terhibur menyaksikan perlawanan di Stadium Tivoli-Neu itu.

Rusia selaku tuan rumah Piala Dunia sedang mempersiapkan diri untuk kejohanan berprestij dunia itu dan kehadiran Mourinho dilaporkan ada kena mengena dengan penyerang Austria dan West Ham, Marko Arnautovic.

United dikaitkan dengan Arnautovic baru-baru ini dan West Ham meletakkan harga sebanyak 50 juta pound sterling terhadap pemain itu.

Arnautovic mewakili Australia pada aksi Piala Dunia dan Mourinho sedang meneliti kebolehan sebenar pemain itu.

Pemain berusia 29 tahun itu menjaringkan 11 gol pada kempen 2017-2018 bersama West Ham.

West Ham tidak tertekan untuk menjual Arnautovic yang masih mempunyai baki kontrak selama empat tahun.

Mourinho dilaporkan mahu mencari penyerang versatil bagi memantapkan skuad Red Devils musim depan.

Jose Mourinho , Marko Arnautovic

Artikel Sebelum

Chelsea mahu pujuk Zidane

Artikel Berikut

Peruntukan RM225 juta buat Sukma

Artikel Berkaitan

Mourinho puas dapat ikat Fred

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

Artikel Lain