'Karius sila datang ke Rimini' - Sukan | mStar

'Karius sila datang ke Rimini'

PENJAGA gol Liverpool Loris Karius ditawarkan laluan keluar dari Anfield.

Karius berdepan mimpi ngeri apabila pasukannya tewas di tangan Real Madrid pada aksi final Liga Juara-Juara, awal pagi Ahad lalu.

Penjaga gol kelahiran Jerman itu dikecam kerana melakukan dua kesilapan mudah yang memberi laluan kemenangan 3-1 Real di Kiev.

Spekulasi mula tersebar bahawa kedudukan Karius sudah tidak lagi selamat apabila Liverpool berminat untuk membawa masuk Gianluigi Donnarumma dari Milan dan Alisson (Roma).

Malah kelab divisyen tiga Itali, Rimini FC menyatakan minat untuk mendapatkan khidmat Karius secara pinjaman selama satu musim.

"Pada 22 Jun, Karius akan berusia 25 tahun. Saya ingin melihat penjaga gol itu mewakili Rimini.

"Saya akan gembira jika dapat bertemu dengannya di Rimini dan mengingatkannya bahawa dia perlu berani untuk memahami pengajaran terbaik dalam hidup, amat mencabar dan sukar ditanggung.

"Kita semua pernah melalui pengalaman seperti ini, malang baginya, pengalaman itu dihadapan jutaan orang. Saya ingin membantu Karius menjadi contoh dalam bola sepak, seperti dalam hidup, jatuh dan kemudian bangun berdiri di atas kaki sendiri.

"Saya mahu menawarkan hadiah sempena hari lahirnya. Setahun kontrak bersama Rimini FC, kelab ideal untuk memulihkan semula ketenangan, kepercayaan diri dan kekuatan untuk merealisasikan impiannya," kata Presiden Rimini Giorgio Grassi dalam surat terbuka kepada Karius.

Loris Karius , Rimini FC

Artikel Sebelum

Salah tak nak komen

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Polis siasat ugutan bunuh Karius

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain