suria

Legenda United dakwa perpindahan Bale tidak realistik

PAUL SCHOLES suka melihat Gareth Bale menyarung baju Manchester United musim depan tetapi berasa perpindahan itu tidak realistik.

Bale mengakhiri musim yang mengecewakan di Real Madrid dengan gol kemenangan pada perlawanan yang mencatat keputusan 3-1 ke atas Liverpool pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara.

Penyerang dari Wales itu memberi petunjuk selepas pertandingan itu bahawa dia bersedia untuk meninggalkan Madrid kerana dia ingin bermain dengan lebih kerap, lapor Daily Post.

Scholes percaya setiap peminat di Old Trafford akan teruja dengan kedatangan Bale, walaupun dia mengakui perpindahan itu mungkin tidak berlaku.

"Dapatkan saya lihat ia akan berlaku? Tidak, tidak begitu.

"Satu-satunya sebab dia akan tinggalkan Real Madrid adalah disebabkan mereka mahu dia pergi.

"Mungkinkan dia akan datang ke Manchester United? Saya harap ia berlaku.

"Semua penyokong Manchester United mahukan dia. Bale berkemampuan, berbakat besar dan menjaringkan gol yang cantik.

"Kalau ia mungkin berlaku, yeah, bagus, saya harap ia berlaku. Tapi saya tak nampak yang ia akan berlaku," kata legenda bola sepak tersebut.

Bale yang diikat Real dengan £85 juta (RM450 juta) pada 2013, dilaporkan berada dalam radar United untuk beberapa tahun ini.

Paul Scholes, Gareth Bale

Artikel Sebelum

Fabinho milik Liverpool

Artikel Berikut

Artikel Lain