Badminton negara perlu barisan pemain baharu - Norza - Sukan | mStar

Badminton negara perlu barisan pemain baharu - Norza

Aaron dan Teo tewas kepada pasangan Alfian Fajar dan Muhammad Rian Ardianto.

BANGKOK: Badminton negara perlu menamatkan pergantungannya kepada pemain-pemain lama dan mula mengetengahkan barisan pemain-baharu serta muda bagi masa depan yang lebih cemerlang bagi sukan itu.

Ia merupakan kenyataan Presiden Persatuan Badminton Malaysia Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria susulan penyingkiran negara daripada saingan Piala Thomas susulan kekalahan 1-3 skuad itu ditangan Indonesia dalam perlawanan suku akhir di Impact Arena semalam.

“Kita akan pulang dan membuat post mortem (terhadap kekalahan). Besar kemungkinan kita perlu bergantung kepada satu set pemain baharu. Oleh kerana kita harus menuju ke hadapan, bergantung kepada kumpulan pemain yang sama tidak akan memberikan kita masa hadapan ,” katanya kepada media selepas kekalahan dengan Indonesia itu.

Walaupun begitu menurutnya, BAM mahu mengucapkan terima kasih kepada Datuk Lee Chong Wei yang tidak pernah gagal menghadiahkan sesuatu kepada Malaysia walau pada usia 36 tahun.

Norza berkata, tanggungjawab besar kini terletak pada bahu BAM untuk mempersiapkan pemain-pemain muda negara seperti Lee Jii Zia, Leong Jun Hao dan Aaron Chia untuk cabaran mendatang dalam menggantikan Chong Wei.

Dalam perlawanan semalam, Malaysia bermula cemerlang dengan memperolehi mata pertama menerusi Chong Wei yang menewaskan pemain muda Indonesia Anthony Sinisuka Ginting 21-19 dan 21-16.

Bagaimanapun rentak positif beliau tidak dapat diteruskan oleh pemain-pemain negara yang lain, menyebabkan negara gagal meneruskan cabaran di peringkat separuh akhir yang akan berlangsung petang ini.

Dalam perlawanan peringkat kumpulan, Malaysia yang menampilkan skuad campuran pemain muda dan berpengalaman menewaskan Russia dan Algeria sebelum tewas kepada Denmark untuk muncul sebagai naib juara Kumpulan D.

Menurut Norza, jika pasangan beregu negara Goh V Shem dan Tan Wei Kiong menewaskan lawannya dan memberikan mata kedua kepada negara semalam, Malaysia berkemungkinan akan mengalami nasib yang berbeza.

“Jika V Shem dan Wei Kiong memberikan mata , maka tekanan kepada Jii Zia untuk memberikan mata akan berkurangan,” katanya dan menambah, Jii Zia gagal menangani tekanan disebabkan masih muda dan kurang pengalaman.

Zii Jia tewas kepada Christie Jonatan 15-21, 21-11 dan 13-21 dalam pertarungan tiga set.

Perkara sama kata Norza turut berlaku kepada Aaron yang berpasangan dengan Teo Ee Yi dalam perlawanan beregu kedua yang gagal menangani tekanan untuk menghadiahkan mata pada waktu kritikal ketika negara memerlukannya.

Aaron dan Teo tewas kepada pasangan Alfian Fajar dan Muhammad Rian Ardianto dalam perlawanan yang berlanjutan tiga set.

Walaupun begitu Norza tidak mahu menuding jari kepada mana-mana, tetapi pada masa yang sama berkata, edisi Piala Thomas kali ini juga menunjukkan Malaysia tidak ketandusan pemain-pemain muda untuk digilap bagi kejayaan masa depan.

Jii Zia dan Aaron kata Presiden BAM itu, berjaya menonjolkan aksi yang menarik terutamanya ketika menentang Denmark pada peringkat kumpulan serta Indonesia semalam.

“Walaupun kalah, mereka berjaya memberikan saingan kepada pemain-pemain utama dunia sehingga mengheret permainan ke tiga set,” katanya. - BERNAMA

Piala Thomas , BAM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Malaysia terus kempunan

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

Artikel Lain