Khairul Hafiz kekal konsisten untuk Sukan Asia

KUALA LUMPUR: Pelari terpantas Asia Tenggara, Khairul Hafiz Jantan mahu menggunakan Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia ke-95 sebagai medan untuk mengekalkan konsisten menjelang Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 yang dijadual berlangsung pada Ogos depan.

Juara Sukan SEA acara 100m berusia 19 tahun itu, akan beraksi bagi saingan 100m pada Jumaat dan 200m hari berikutnya pada kejohanan bakal berlangsung di Stadium Nasional, Bandar Sukan Kuala Lumpur itu, berharap dapat memperbaiki catatan terbaiknya dalam acara 100m dengan 10.34s yang dilakukan, Mac lepas.

“Sukan Komanwel yang berlangsung baru-baru ini menjadi pengajaran berguna, dan saya akan beraksi pada kejohanan di sini bagi memperbaiki catatan masa untuk menghadapi Sukan Asia di Jakarta,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Khairul Hafiz yang mencatat rekod kejohanan dan kebangsaan dengan masa 20.90s pada kejohanan berkenaan tahun lepas dalam acara 200m, memadamkan rekod Tan Sri Dr M. Jegathesan berusia 49 tahun dengan catatan 20.92s, juga memegang rekod kebangsaan acara 100m dengan catatan 10.18s yang dilakukan pada Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2016.

Sementara itu, Presiden Persekutuan Olahraga Malaysia (MAF) Datuk Karim Ibrahim menjangkakan atlet negara bakal berdepan tentangan sengit pada kejohanan tiga hari itu, berikutan penyertaan lapan negara termasuk Kuwait, Korea Selatan, Jepun, Jordan, Filipina dan gergasi Asia Tenggara, Thailand dan Singapura.

“Kejohanan ini dianjurkan dengan berskala besar tahun ini, dan juga buat kali pertama disiarkan secara langsung di Astro Arena. 

Atlet terbaik  di Malaysia akan bersaing dari Jumaat sehingga Ahad ini, bukan sahaja sesama mereka, tetapi juga berdepan atlet daripada lapan negara yang dijemput. Saya berharap kejohanan ini semakin berkembang,” katanya.

Karim berkata beberapa nama besar di Malaysia dalam acara trek dan balapan akan bersaing pada kejohanan itu, yang turut memberi peluang kepada mereka mencapai tahap kelayakan ke Sukan Asia, selepas prestasi kurang memuaskan pada Sukan Komanwel baru-baru ini.

Selain Khairul Hafiz, atlet terbaik Malaysia yang lain bakal beraksi pada kejohanan itu termasuk atlet lompat tinggi, Lee Hup Wei dan Nauraj Singh Randhawa; atlet acara lontar tukul besi, Jackie Wong, atlet lompat berpagar Rayzam Shah Wan Sofian dan atlet lompat jauh Abdul Latiff Romly. - Bernama

Khairul Hafiz Jantan

Artikel Sebelum

Rooney sertai DC United?

Artikel Berikut

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Artikel Lain