suria

Hazard bakal tinggalkan Chelsea?

EDEN Hazard tidak mahu menamatkan kariernya di Chelsea.

Menurut laporan Daily Star, Hazard akan meninggalkan The Blues penghujung musim ini dan mungkin ke Real Madrid.

Bintang Belgium itu antara pemain penting di Stamford Bridge lebih enam tahun dengan merekodkan 300 penampilan sejak berpindah dari Lille pada 2012.

Pemain berusi 27 tahun itu juga telah menjulang dua kali trofi juara Liga Perdana dan anugerah individu sekaligus menjadi faktor tumpuan Real Madrid terhadapnya.

Pengendali Real Madrid, Zinedine Zidane begitu berminat dengan karektor pemain ini dan akan cuba mengikat Hazard jika ada peluang.

Eden Hazard, Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain