suria

Pengantin baharu bengang polis bergambar dengan Ian Wright, tapi tiada masa untuk...

Ian Wright semasa bermain bersama dengan Kelab Bola Sepak Arsenal.

SEORANG mangsa samun menyelar pihak polis yang didakwa 'terlalu sibuk' untuk menyiasat kes yang berlaku di rumahnya, tetapi enam anggota polis dilihat sempat bergambar dengan pemain bola sepak, Ian Wright berada di kawasan berdekatan.

Kereta bekas jurulatih Liga Perdana Inggeris itu dicuri di Brent, barat London pada Rabu sebelum ditemukan beberapa jam kemudian.

Legenda bola sepak itu memuat naik gambar dia bersama enam polis tersebut ke laman Instagram, termasuk seorang penyokong Tottenham yang menemukan Mercedes miliknya yang dicuri.

Gambar mereka yang tersenyum lebar itu 'menyakitkan hati' Natalie Neal yang tinggal di Queen's Park, berhampiran lokasi kecurian kereta Wright.

Pengantin baharu itu telah kehilangan beberapa aksesori pusaka berharga, termasuk sepasang anting-anting berlian yang diberikan kepadanya sebagai hadiah perkahwinan oleh suaminya, Adam.

Enam pegawai polis menimbulkan masalah dengan pemain bola sepak Ian Wright selepas kereta dicurinya ditemui.

Natalie, 40, mendakwa pemeriksa forensik polis datang membersihkan habuk, tetapi memberitahu bahawa detektifnya 'terlalu sibuk' untuk berkunjung ke tempat kejadian, menurut laporan The Sun.

Wanita itu memberitahu akhbar itu: "Saya rasa berlaku diskriminasi kerana saya bukan selebriti.

"Saya benar-benar gembira apabila Ian Wright mendapatkan kembali keretanya. Dia juga seorang mangsa.

"Tetapi apabila melihat polis-polis itu memberi isyarat ibu jari dan bertukar-tukar cerita mengenai bola sepak, saya sukar menerimanya.

"Mereka kata tidak mempunyai masa untuk datang ke rumah saya yang telah disamun."

Wright menulis di laman sosial untuk berterima kasih kepada anggota polis yang telah membantu mengesan kenderaannya selepas beberapa jam ia dicuri. - Mirror

Ian Wright

Artikel Sebelum

Siapa Salah?

Artikel Berikut

Artikel Lain