Juventus ikat Can RM28 juta setahun - Sukan | mStar

Juventus ikat Can RM28 juta setahun

Gambar dari Reuters.

PEMAIN tengah Liverpool setuju untuk mengikat kontrak selama lima tahun bernilai £5.2juta (RM28 juta) setahun untuk menyertai kelab gergasi dari Itali, Juventus pada musim panas ini, lapor Fazzetta dello Sport.

Akhbar Itali itu melaporkan bahawa pemain kelahiran Jerman yang berusia 24 tahun itu akhirnya menandatangani kontrak dengan juara bertahan Serie A selepas beberapa bulan spekulasi mengenainya diperkatakan.

Laporan itu mendakwa, Emre Can diumpan dengan janji 'projek teknikal' di Turin yang mana Paris Saint-Germain dan Bayern Munich tidak mampu memberikan tawaran yang sama kepadanya.

Can berada di Liverpool selama empat tahun sejak menandatangani kontrak bernilai £10juta (RM54 juta) daripada Bayer Leverkusen pada 2014.

Dia akan membuat 166 penampilan untuk Reds dan telah menjaringkan 14 gol.

Kontraknya dijangka akan berakhir pada hujung musim ini, dan pada masa sama Liverpool mahu Can kekal di Anfield.

Juventus kini berada di kedudukan teratas Serie A dan sedang cuba merangkul gelaran juara kali keenam. - This Is Football

Can

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Perdana Inggeris

Artikel Berikut

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain

BN kekalkan kerusi Parlimen Kimanis