suria

Barcelona pertahan trofi Copa del Rey

BARCELONA berjaya merangkul trofi Copa del Rey empat musim berturut-turut selepas menewaskan Sevilla awal pagi Ahad.

The Catalans seperti membalas dendam selepas tersingkir saingan Liga Juara-Juara kepada Roma sebelum ini dengan membelasah lawan 5-0.

Sejak awal permainan bermula, Barcelona tampil dengan aksi garang apabila Luis Suarez membuka jaringan pertama pada minit ke-14 sebelum Lionel Messi menyumbat gol kedua.

Malah Suarez sekali lagi menambah gol ketiga sebelum wisel separuh masa pertama ditiup.

Penyokong-penyokong Barcelona meraikan kejayaan merangkul piala Copa del Rey awal pagi Ahad.

Andres Iniesta yang dilaporkan penampilan terakhir bersama kelab musim ini turut merakam rekod gol pada minit ke-52.

Manakala Philippe Coutinho melengkapkan jaringan kelima minit ke-69 menerusi sepakan penalti.

Sevilla dilihat seperti hilang arah dan gagal menyekat serangan jentera Barcelona.

Lebih menarik, percaturan aksi akhir ini dianggap 'nyawa' buat pengendali Barca, Ernesto Valverde bakal dipecat sekiranya tewas aksi ini.

Untuk rekod, Barcelona menjulang trofi ini emapt tahun berturut-turut sejak musim 2014-2015 dan kali ke-30 keseluruhannya.

Barcelona, Copa del Rey, Sevilla

Artikel Berikut

Artikel Lain