Matthysse yakin pertahan gelaran welterweight - Sukan | mStar

Matthysse yakin pertahan gelaran welterweight

Pacquiao (kiri) dan Matthysse pada sidang media 'World Welterweight Championship' di Kuala Lumpur pada Jumaat. Foto: Bernama

KUALA LUMPUR: Juara bertahan kategori Welterweight Persatuan Tinju Dunia (WBA), Lucas Matthysse dari Argentina melaungkan keyakinan dapat mempertahankan gelarannya itu apabila menentang legenda tinju Filipina, Manny Pacquiao di Kuala Lumpur pada 15 Julai depan.

Matthysse, 35, yang meraih gelaran itu pada Januari lepas, berkata beliau melakukan segala persiapan sewajarnya bagi merebut kejuaraan tersebut, dan sudah tentu tidak mahu melepaskan gelaran tersebut kepada Pacquiao.

“Saya berusaha keras untuk memenangi kejuaraan ini, banyak pengorbanan dilakukan dan kini gelaran tersebut dalam genggaman saya, dan saya tahu bukan mudah untuk mempertahankannya.

“Namun, saya akan terus berusaha keras bagi memastikan saya bersedia 100 peratus dan tidak semudah itu bagi beliau (Pacquiao) untuk merampas gelaran ini daripada saya,” kata Matthysse, yang juga juga dikenali sebagai ‘The Machine' pada sidang media pada Jumaat.

Membuat perbandingan dengan peninju Argentina sebelum ini, yang berpeluang bertarung dengan nama-nama besar dalam arena tinju dunia, Matthysse menyifatkan dirinya sebagai pencabar terhadap gelaran itu, dan tidak sabar menanti pertarungan yang bakal berlangsung di Axiata Arena di Bandar Sukan Kuala Lumpur, Bukit Jalil.

“Bonavena (Oscar Bonavena) menentang Ali (Muhammad Ali); ‘Chino' Maidana (Marcos Maidana) berdepan Mayweather (Floyd Mayweather); dan kini, saya sendiri akan bertarung menentang Pacquiao.

“Ia sesuatu yang menarik dapat berentap dengan legenda tinju seperti beliau. Sebagai atlet, ia suatu pencapaian yang besar bagi saya menentang peninju yang berkaliber ini,” katanya.

Sementara itu, Pacquiao, 39, yang merupakan satu-satunya juara dunia bagi kesemua lapan divisyen, menjangkakan pertarungan sengit menentang ‘The Machine'.

“Saya sangat teruja bertarung untuk muncul juara dunia sekali lagi. Ia satu motivasi kepada saya untuk bertarung bersungguh-sungguh bagi meraih kejuaraan tersebut, dan saya mahu menjadi inspirasi kepada semua orang.

“Saya suka cara bertarung Matthysse yang agresif. Itu yang saya mahukan dan saya pasti peminat tinju akan terhibur dengan pertarungan tersebut,” katanya yang juga merupakan Senator di Filipina dan pelabur dalam ekonomi digital.- Bernama

Tinju , Lucas Matthysse , Manny Pacquiao

Artikel Sebelum

PSG, Monaco intai Wenger

Artikel Berikut

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain