suria

Wolves sah ke EPL, rakam sejarah mata tertinggi EFL

NUNO Espirito Santo membenarkan pemain-pemainnya membawa minuman keras ke dalam bilik persalinan untuk merai kejayaan.

Wolverhampton Wanderers menewaskan Birmingham 2-0 dalam aksi Liga Kejuaraan Inggeris (EFL) di depan penyokong sendiri sekaligus meraikan kejayaan mereka ke Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan.

Biarpun masih berbaki tiga lagi perlawanan liga, Wolves sudah mengesahkan tempat ke EPL apabila mengumpul 104 mata setakat ini, yang menjadi jumlah tertinggi dalam sejarah EFL.


"Saya sangat gembira. Ini adalah saat paling bermakna buat kami dan semua penyokong. Mereka adalah sebab kami bekerja keras.

"Sudah tentu ini adalah saat untuk meraikan kejayaan bersama. Saya memberi kebenaran terhadap perkara yang tidak pernah dibuat, minuman keras di bilik persalinan.

"Itu adalah pertama kali. Saya benar-benar gembira. Dan ia adalah kali pertama mereka meminta kebenaran untuk berbuat demikian (membawa minuman keras)," ujar Santo.

Dalam masa sama,  Santo mengakui mereka tetap bersedia untuk menghabiskan baki perlawanan liga dengan baik.

"Kami bersedia dengan perlawanan itu. Kami telah tunjukan hari ini.

"Pemain memang mengkagumkan sejak hari pertama. Setiap orang menyumbang dalam kejayaan ini," ujarnya.

Wolves, EPL, EFL

Artikel Lain