Perak hidupkan peluang rebut gelaran juara Liga Super - Sukan | mStar

Perak hidupkan peluang rebut gelaran juara Liga Super

Pemain pasukan Perak Mohamad Nasir Basharudin (tengah) meraikan jaringan gol bersama rakan sepasukan ketika menentang pasukan PNKP FC pada perlawanan Liga Super. - Bernama

KUALA LUMPUR: Perak kembali menghidupkan peluang merebut kejuaraan Liga Super 2018 selepas meraih kemenangan tipis 2-1 ke atas PKNP FC pada aksi di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan, Ahad malam.

Kejayaan itu yang merupakan kemenangan kedua berturut-turut selepas menewaskan Selangor 3-0 pada aksi terdahulu, menyaksikan skuad bimbingan Mehmed Durakovic kini mengumpul 10 mata untuk menduduki tempat keempat, dengan dipisahkan lima mata di belakang pendahulu, Johor Darul Ta'zim (JDT).

Pada aksi berkenaan, dua gol Perak hadir pada babak pertama permainan menerusi jaringan pemain import dari Brazil, Wander Luiz Bitencourt Junior pada minit ke-19 dan kapten pasukan, Mohamad Nasir Basharudin (minit ke-24).

PKNP, bagaimanapun berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke-81 hasil jaringan penyerang prolifik Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi, namun usaha mencari gol penyamaan menemui jalan buntu sekali gus memberi tiga mata berharga buat pasukan Perak.

Di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pula menyaksikan Kuala Lumpur gagal memanfaatkan aksi di laman sendiri selepas sekadar terikat 2-2 berdepan juara edisi 2014, Pahang.

Pada aksi itu, Kuala Lumpur yang dibimbing Fabio Joaquim Maciel Da Silva gagal mempertahankan kedudukan selepas dua kali mendahului pada babak pertama hasil jaringan penyerang sensasi, Guilherme de Paula pada minit ke-10 dan kapten pasukan Indra Putra Mahayuddin (minit ke-39).

Pemain pasukan PKNP FC Mohammad Raffi Nagoorgani (kiri) cuba mendapatkan bola dari pemain pasukan Perak Gilmar Jose Da Silva Filho.

Aksi bertahan kurang kemas dipamerkan benteng pertahanan Kuala Lumpur membawa padah apabila ia membolehkan Pahang menghukum menerusi gol pemain import Mohamadou Sumareh pada minit ke-13 diikuti jaringan minit ke-60 oleh pemain muda Kogileswaran Raj.

Keputusan seri itu menyaksikan Pahang kini menduduki tempat kedua dengan mengumpul 11 mata selepas mengharungi enam perlawanan, manakala Kuala Lumpur di kedudukan kelapan dengan tujuh mata.

Dalam pada itu, aksi tunggal Liga Perdana pada Ahad malam yang dijadual berlangsung di Stadium Shah Alam menyaksikan pasukan PDRM diberikan kemenangan percuma 3-0 ke atas Kuantan FA.

Kemenangan itu diberikan pengadil perlawanan selepas Kuantan FA gagal menghadirkan diri ke venue pertandingan sehingga wisel permainan dibunyikan.

Diminta mengulas mengenai perkara itu, Komisioner Perlawanan, Shahrin Ismail berkata sebarang keputusan mengenai perlawanan itu akan diputuskan Jawatankuasa Pertandingan Malaysia Football League (MLF). - Bernama

Perak , PKNP FC

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Perdana Inggeris

Artikel Berikut

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

Artikel Lain