suria

Emas ketujuh buat negara!

Aksi Chow Mei Kuan dan Vivian Hoo ketika menentang wakil England, Lauren Smith-Sarah Walker di pentas final.

GOLD COAST: Pasangan beregu wanita Malaysia Chow Mei Kuan-Vivian Hoo menang pingat emas acara badminton beregu wanita Sukan Komanwel 2018 pada Ahad.

Pada perlawanan akhir di Carrara Sports and Leisure Centre, di sini, Mei Kuan-Vivian mengalahkan pasangan England Lauren Smith-Sarah Walker dengan keputusan 21-12, 21-12.

Kemenangan Mei Kuan-Vivian itu menyumbang pingat emas ketujuh kepada kontinjen Malaysia.

Pingat emas ketujuh itu memenuhi sasaran yang ditetapkan Malaysia dan mengatasi pencapaian negara pada Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland. - BERNAMA

Sukan Komanwel

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Emas Milik Chong Wei

Artikel Lain