suria

Toni Kroos nekad pindah ke Old Trafford, tinggalkan Real

Foto dari AFP.

TONI KROOS (gambar) nekad untuk berpindah ke Manchester United dari Real Madrid pada musim ini, lapor media Sepanyol.

Memetik laporan Don Balon, bintang Jerman itu terbukan untuk berpindah ke Old Trafford musim ini selepas Jose Mourinho mencari pemain tengah untuk menyertai kelabnya.

Laporan yang sama mendakwa Kroos telah pun menerima tawaran dari Manchester United untuk menandatangani kelab Liga Perdana Inggeris itu pada musim ini dan bersedia untuk bertukar padang.

United dipercayai sedang memburu pemain tengah dengan Michael Carrick yang akan kembali pada hujung musim ini, sementara Marouane Fellaini pula akan keluar daripada kelab itu.

Dalam pada itu, masa depan Ander Herrera di Old Trafford pula masih samar-samar.

Pemain berusia 28 tahun itu dalam keadaan terbaik ketika berada di Real bagi sepanjang musim ini, Kroos telah menyumbat empat gol dan membantu membuat jaringan sebanyak enam kali dalam La Liga.

Toni Kroos

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain