LeBron James tanya Ronaldo dari planet mana? - Sukan | mStar

LeBron James tanya Ronaldo dari planet mana?

Foto dari Mumbai Mirror

CRISTIANO RONALDO disifatkan datang daripada spesies lain dan mendapat pujian daripada pemain bola keranjang terkemuka LeBron James selepas menunjukkan aksi tendangan 'basikal' yang menakjubkan dalam perlawanan kemenangan Real Madrid 3-0 ke atas Juventus pada Rabu malam.

"Kamu datang dari planet mana?," kata James selepas menonton aksi hebat Ronaldo yang menjaringkan gol kedua pada malam itu untuk menewaskan Juventus.

Akhbar Spanish, Marca memaparkan gambar aksi tendangan akrobatik Ronaldo itu berserta tajuk 'The Goal' pada muka depannya.

Ronaldo disamakan sebagai 'Di Stefano 2.0' dan menekankan bahawa Real belum ditewaskan oleh Juventus sejak mendiang Alfredo di Stefano menjaringkan gol tunggal pada 1962 dalam suku akhir Piala Eropah.

Di Stefano dinobatkan sebagai pemain Real terbaik dalam sejarah kerana memimpin kelab itu mara ke Piala Eropah untuk lima kali berturut-turut.

"Ronaldo kini boleh meninggalkan bumi dan mula bermain menentang Martians (dari planet Marikh).

"Dia telah melakukan segala-galanya di sini," kata bekas rakan pasukannya Alvaro Arbeloa selepas gol menakjubkan itu yang turut menyebabkan penyokong Juventus bangkit dengan tepukan gemuruh.

Jurulatih Real, Zinedine Zidane turut mengaku bahawa dia 'agak cemburu' dengan tendangan Ronaldo itu. - Mumbai Mirror

LeBron James , Cristiano Ronaldo

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Farah Ann harap ke final di Gold Coast

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

6 pemimpin parti menghadap Agong

Anwar dijangka menghadap Agong Isnin