suria

Klopp Rancang Buat Manchester City ‘Tidak Senang’

PENGURUS Liverpool, Jurgen Klopp (gambar) tidak akan mengubah gaya perlawanan kelabnya menentang Manchester City dan percaya dia boleh melakukan sesuatu yang 'tidak menyenangkan' terhadap pasukan Pep Guardiola.

Penguasaan City dalam Liga Perdana Inggeris telah membuatkan banyak pasukan cuba mempersebahkan taktik berbeza untuk mengehadkan keberkesanan permainan oleh anak buah Pep Guardiola.

Liverpool adalah satu-satunya pasukan yang telah mengalahkan City dalam liga musim ini, dengan kemenangan mendebarkan 4-3 di Anfield pada Januari.

Klopp mencadangkan dia akan bermain dengan gaya yang sama pada perlawanan leg pertama, Rabu.

"Cara kami menyerang lawan, cara kami mempertahankan adalah tidak menyenangkan (untuk lawan kami). Sekiranya kami berbuat demikian, mereka akan menghadapi kesukaran untuk mengatasinya.

"Ia akan menjadi sangat menarik. Tidak ada jaminan ia akan berjaya. Semuanya tetap bergantung kepada pemain di atas padang yang akan menentukan permainan," kata Klopp.

Kunci kepada pendekatan Liverpool adalah menyerang trio Mohamed Salah, Roberto Firmino dan Sadio Mane yang ketiga-tiganya menjaringkan gol kemenangan untuk City pada musim ini.

"Ia lebih kepada melakukan lebih banyak perkara yang betul berbanding pasukan lawan, kerana anda tidak boleh bertahan menentang City dan berharap mereka tidak akan menjaringkan gol pada hari tersebut," kata jurulatih dari Jerman itu.

Pasukan Guardiola, termasuk bekas kelabnya, Barcelona dan Bayern Munich, gemar bermain dari belakang, membawa bola dengan cepat melalui pemain tengah dan menggunakan ruang dengan penuh kepakaran.

"Tidak ada perbezaan besar, sebenarnya. Cuma Pep sentiasa mempunyai pasukan yang lebih baik daripada saya.

"Anda boleh lihat sekarang dengan Manchester City - mereka mempunyai lebih banyak mata berbanding kami," katanya. - Irish Examiner

Jurgen Klopp, Liverpool

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain