suria

Kafa Mungkin Tamatkan Kontrak Bruno Lopes Akibat Kecederaan

Foto dari Bernama.

KOTA BHARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) mungkin akan menamatkan kontrak pemain importnya Bruno Lopes (gambar) susulan kecederaan otot yang dialami pemain dari Brazil berkenaan.

Presiden Kafa Bibi Ramjani Illias Khan berkata pertimbangan itu dibuat selepas didapati kecederaan yang dialami pemain berkenaan adalah serius dan memerlukan beliau direhatkan sekurang-kurangnya dua bulan.

“Tempoh itu agak lama bagi Kafa memandangkan ketika ini Kelantan memerlukan kemenangan untuk mencari kedudukan terbaik dalam saingan Liga Super,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Bibi Ramjani berkata pihaknya sedang berunding dengan pemain itu bagi mencari satu penyelesaian bersama.

Setakat ini rundingan menunjukkan perkembangan positif, katanya.

Bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Lopes, Kafa merancang memasukkan semula pemain import dari Perancis, Magaro Gomis yang sebelum ini direhatkan akibat kecederaan.

Selepas lima perlawanan Liga Super musim ini, Kelantan menduduki tangga kedua tercorot dengan empat mata, hasil satu kemenangan, satu seri dan tiga kekalahan, selain gagal ke suku akhir Piala FA.

Kafa, Bruno Lopes

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain