“Selamat Maju Jaya Buat Marcote Dengan Tugas Baharu” - Sukan | mStar

“Selamat Maju Jaya Buat Marcote Dengan Tugas Baharu”

Ramon Marcote. Foto kredit: KFA

PETALING JAYA: Jurulatih Ramon Marcote bukan direhatkan, sebaliknya Persatuan Bola Sepak Kedah Darul Aman (KFA) memberi peranan baharu kepadanya.

Prestasi jurulatih kelahiran Sepanyol itu menjadi bulan sejak akhir-akhir ini berikutan kekalahan pasukan dalam beberapa perlawanan penting termasuk terlepas peluang merebut trofi Piala Sumbangsih dan Piala FA musim ini.

Harapan yang disandarkan oleh semua penyokong setia Lang Merah tidak kesampaian apabila melihat keputusan tidak menyebelahi Marcote setakat ini.

Berikutan situasi itu, KFA telah mengambil keputusan tersebut selepas mengadakan beberapa rundingan.

"Pihak pengurusan tertinggi melakukan beberapa perubahan dalam sistem kejurulatihan skuad Hijau Kuning dengan melantik Ramon Marcote sebagai Ketua Jurulatih Pembangunan Bola Sepak KFA.

"Ia bagi memantau projek pembangunan sedia ada dan merangka persediaan skuad hijau kuning bagi jangka masa panjang melalui peranan baharu beliau dalam KFA.

"Jawatan ketua jurulatih skuad Liga Super Kedah akan dipangku oleh Penolong Ketua Jurulatih, Mohd Nidzam Adzha Yusof buat masa ini.

"Keputusan ini diambil memandangkan pihak pengurusan mendapat maklum balas teknikal daripada semua pihak mengenai kelebihan pengalaman dan tahap kelulusannya dalam bidang sains sukan dan kejurulatihan yang boleh dimanfaatkan semua pemain dan jurulatih di negeri Kedah," jelas Ketua Pegawai Eksekutif KFA, Yusdi Madeonus Mohamad Yunus dalam satu kenyataan pada Khamis.

Mohd Nidzam Adzha. Foto: KFA

Menurut Yusdi,  antara sasaran jangka pendek buat Marcote adalah untuk melihat kembali struktur kejurulatihan semua pasukan di bawah kendalian KFA dan merangka program-program latihan buat jurulatih bola sepak.

"Di samping itu memantau perkembangan pemain-pemain bagi mencapai sasaran jangka panjang iaitu menyediakan pasukan pada musim hadapan.

"Satu perbincangan telah diadakan antara Ramon Marcote dan pihak pengurusan dan peranan besar ini telah diperhalusi dan dilihat langkah terbaik bagi kedua-dua pihak untuk kemajuan bola sepak di negeri Kedah. KFA mengucapkan selamat maju jaya buat Ramon Marcote dengan tugasan barunya!."

Untuk rekod, Marcote yang pernah membimbing Kedah sebagai jurulatih kecergasan dan penolong jurulatih pada tahun 2016 kembali ke Stadium Darul Aman selepas 'suara' penyokong setia didengari oleh penaja utama pasukan ECK Sdn Bhd.

Susulan daripada itu, pengarahnya Puan Sri Ginney Chew berusaha membawa balik bekas jurulatih Atletico Madrid itu selepas mengadakan rundingan bersama KFA.

KFA , Ramon Marcote

Artikel Sebelum

Zaquan Tabik!

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain