Denda 10 Pasukan Lewat Daftar Pemain Dikurangkan - Sukan | mStar

Denda 10 Pasukan Lewat Daftar Pemain Dikurangkan

KUALA LUMPUR: Sepuluh pasukan Liga Malaysia (Liga-M) yang dikenakan hukuman denda keseluruhan mencecah RM9 juta oleh Malaysia Football League (MFL) kerana lewat dan gagal melengkapkan pendaftaran pasukan musim 2018 kini boleh menarik nafas lega apabila jumlah itu dikurangkan.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam (gambar) berkata jumlah denda itu dikurangkan selepas 10 pasukan terbabit terdiri daripada empat pasukan Liga Super dan enam pasukan Liga Premier membuat rayuan pengurangan hukuman dalam tempoh 14 hari selepas pemakluman hukuman dibuat.

Bagi denda pasukan Liga Super, hukuman dikurangkan daripada RM1.5 juta kepada RM500,000 sementara hukuman denda pasukan Liga Premier dikurangkan daripada RM500,000 kepada RM200,000, katanya.

“Hukuman tersebut diringankan kali ini dengan memberi peluang kepada pasukan untuk membuat perubahan yang lebih baik pada masa akan datang.

“Tetapi perlu ditegaskan, hukuman lebih berat melebihi RM1 juta akan dilaksanakan jika masih berlaku perkara yang sama berulang lagi pada masa hadapan.” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Empat pasukan Liga Super yang dikenakan hukuman itu adalah Selangor, Kuala Lumpur, Kelantan dan PKNS FC manakala enam pasukan Liga Premier terdiri dari Pulau Pinang, Sarawak, Kuantan FA, UKM FC, PDRM dan Mifa.

Kevin berkata hukuman tersebut dikurangkan selepas mendapat nasihat daripada Pengerusi MFL, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan hukuman bagi sekatan perpindahan bagi pasukan yang gagal melengkapkan dokumen dan hukuman tertangguh pemotongan mata dikekalkan. - Bernama

Liga M , MFL

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

Artikel Lain