suria

Ramon Marcote Dan Revolusi Bola Sepak Kedah

PASUKAN Kedah merupakan antara gergasi bola sepak tanahair yang disegani dari era 90-an sehingga kini.

Kedah pernah menjulang kesemua piala domestik yang dipertandingkan dan merupakan sebuah pasukan yang amat digeruni.

Bola sepak di Eropah telah lama berevolusi tetapi di Malaysia ia boleh dianggap sebagai masih baharu dan boleh dikatakan kebanyakan pasukan yang bertanding dalam kejohanan bola sepak di negara ini masih mengamalkan sistem direct football dan bukannya free flowing football seperti di Eropah.

Kedah antara pasukan terawal yang menerapkan falsafah bola sepak moden dalam pasukan mereka dan Tan Cheng Hoe merupakan watak utama dalam revolusi bola sepak Kedah.

Berbanding pengendali-pengendali terdahulu yang pernah membawa Kedah memenangi 'Double Trible' dan lain-lain, pencapaian Cheng Hoe sangat minumum.

Cheng Hoe hanya membawa Kedah memenangi TM Piala Malaysia, Juara Liga Premier dan Juara Piala Sumbangsih namun impak dari revolusi bola sepak moden yang dibawa oleh Cheng Hoe seakan menenggelamkan nama-nama pengendali terdahulu.

Kedah berdepan situasi sukar bila mana Cheng Hoe dipanggil untuk membantu Skuad Harimau Malaya dan tugasannya di Kedah terpaksa dipikul oleh penolong jurulatih Nidzam Adha Yusoff.

Nidzam berjaya membawa DNA terapan Cheng Hoe untuk pasukan Kedah tetapi rakyat Kedah mahukan lebih dan calon yang terbaik untuk menggantikan tempat Cheng Hoe adalah Ramon Marcote.

Ramon Marcote pernah menjadi jurulatih kecergasan dalam pasukan Kedah pada musim 2015 dan menjadi ketua jurulatih sementara dalam dua perlawanan TM Piala Malaysia 2015 dan Marcote berjaya membawa Kedah beraksi di perlawanan Akhir TM Piala Malaysia 2015.

Ramai yang telah mengetahui fakta ini tetapi tidak ramai yang tahu akan kredibiliti sebenar Marcote.

Ada yang mengatakan Marcote bukanlah "Proven Coach" dan ramai yang mempertikaikan pencapaian beliau ketika mengharungi lima perlawanan liga dan dua perlawanan piala FA sebelum ini.

Tidak cukup dengan itu, ramai juga yang mengkritik penerapan taktikal Marcote serta pengambilan pemain import oleh beliau.

Jika diteliti secara terperinci, Marcote sebenarnya meluaskan DNA bola sepak Kedah secara total.Kedah sebelum ini selesa dengan formasi 4-2-3-1 menggunakan shortpassing system dan mengamalkan permainan kawalan bola secara mutlak (ball possesion game).

Di bawah kendalian Marcote, DNA ini dicambahkan lagi apabila beliau memvariasikan taktikal untuk pasukan Kedah.

Formasi 4-2-3-1 DNA Cheng Hoe mungkin sudah kurang relevan untuk digunakan pada masa ini kerana game plan yang sama yang dimainkan hampir tiga tahun oleh pasukan Kedah sudah dapat dibaca oleh pasukan lawan.

Kehadiran Marcote menawarkan variasi yang lebih kepada taktikal pasukan Kedah.

Marcote adalah pemegang formasi asas 4-2-3-1 tetapi pada masa ini Marcote kerap menggunakan formasi yang berbeza-beza seperti 4-4-1-1 dan 4-3-3.

Formasi adalah susunan pemain di atas padang semata-mata tetapi apabila wisel permulaan ditiupkan, formasi akan berubah dan taktikal juga akan berubah.

Apa yang menarik tentang Marcote adalah beliau gemar menggunakan flexsible positioning dan Marcote juga mampu menggunakan seseorang pemain itu dengan baik mengikut kesesuaian posisi serta ability di atas padang.

Bercakap mengenai Baddrol Bakhtiar, 2018 merupakan tahun yang gemilang buat pemain itu.

Jika dilihat pada musim lalu, Baddrol kerap isolated dalam permainan kerana beliau tidak mampu menggalas tugasan No.7 dengan baik.

Baddrol hampir mencapai kemuncak sebelum kehadiran Marcote kerana dia gagal memainkan peranandengan sebaiknya.

Menyedari hakikat itu tahun lalu, Marcote memberi ruang kepada Baddrol untuk bermain sebagai No.6, No.10 dan No.7.

Selain berperanan sebagai pivot (No.6), Baddrol adakalanya bermain sebagai Free Role No.10 dan kadangkala kembali mengisi slot No.7 dan dia juga ditugaskan mengambil peranan sebagai inside forward untuk bertindak sebagai penyerang kedua (second striker).

Baddrol mempunyai ketepatan dalam hantaran jarak jauh dan shoot on target tetapi Kedah memerlukan lebih dari Klasik No.7.

Kedah memerlukan Modern No.7 sebaik Andik Vermansyah tetapi Baddrol masih mempunyai kepentingan buat pasukan Kedah dan Marcote berjaya menggunakan kenolehan pemain itu dengan sebaik mungkin dan dia kembali menjadi watak penting dalam pasukan Kedah pada musim ini.

Kedah masih mengamalkan short passing system seperti dahulu tetapi apabila pasukan lawan mencetuskan blok-blok kompak di kawasan tengah, Baddrol akan digunakan untuk melakukan hantaran jarak jauh kepada pemain sayap bagi meminumkan tugasan Liridon Krasniqi di bahagian itu.

Liridon kini bukan lagi titik fokal buat pasukan Kedah tetapi Marcote memberikan tugasan ini kepada pemain lain supaya apabila dia dikenakan kawalan ketat oleh pasukan lawan, sistem tengah pasukan Kedah tidak akan lumpuh.

Seperti yang diketahui, Kedah gemar untuk mendominasi kawasan tengah.

Apabila Liridon dirantai, Kedah tidak mempunyai inisiatif lain untuk dominan di atas padang tetapi Marcote merubah situasi ini dengan DNA bola sepak beliau.

Sebelum kehadiran Marcote, umum pastinya kurang biasa atau langsung tidak pernah mendengar tentang sistem-sistem yang beroperasi di atas padang seperti Decoy No.9, Deeplying Forward, Goal Poacher, Ball Playing Keeper, Ball Playing Defender, Cattenaccio dan sebagainya tetapi frasa-frasa ini semakin bermain di bibir peminat bola sepak Kedah yang melihat bola sepak dari sudut taktikal.

Marcote baru menghadapi tujuh perlawanan dan tidak ramai yang memberi pujian kepada beliau kerana rata-rata peminat masih mahukan Marcote mengembalikan tiki-taka kepada Kedah.

Kedah sebenarnya tidak pernah bermain tiki-taka seperti tanggapan sesetengah peminat sebaliknya Kedah bermain secara ball possesion game menggunakan hantaran pendek dalam konsep free flowing football.

Pasukan yang mengamalkan possesion game sebaik Arsenal pun belum lagi layak dikatakan bermain tiki-taka dan sebab itulah satu frasa telah diberikan kepada mereka iaitu Wangerball. Touch, touch dan touch belum lagi tiki-taka.

Cheng Hoe juga melalui detik sukar dalam menterjemahkan falsafah bola sepak beliau dalam pasukan Kedah sebelum beliau didendang sebagai antara pengendali yang terbaik.

Darul Aman menyaksikan banner #TCHOUT tatkala Cheng Hoe masih bereksperimen dalam falsafah bola sepaknya dan kejayaan itu tidak datang dalam masa yang singkat.

Kedah pernah tumbang 0-5 kepada JDT dan menghabiskan pusingan pertama liga hanya degan keputusan seri dan kalah sahaja tatkala Cheng Hoe masih bereksperimen dengan defensive highline.

Marcote hanya mengendalikan tujuh perlawanan dan impak yang ditunjukkan adalah amat baik dari aspek taktikal.

Walaupun keputusan perlawanan masih kurang baik tetapi DNA yang sedang ditanam dalam pasukan Kedah semakin menampakkan hasilnya walaupun hanya dalam masa yang singkat.

Peminat tegar pasukan Kedah seharusnya berbangga dan memberikan semangat buat Marcote kerana beliau sedang membawa pasukan anda untuk terus menjadi pasukan yang kekal digeruni dan mempunyai falsafah bola sepaknya yang tersendiri tanpa memerlukan peruntukan yang tinggi.

Kedah, DNA, Ramon Marcote

Artikel Lain