suria

Siapa Mampu Atasi Ronaldo Capai Magis '40 Gol'?

Cristiano Ronaldo. Foto Reuters

SUDAH sedekad sejak seorang pemain kelab bola sepak Inggeris melepasi 'keajaiban' dengan meraih 40 gol dalam semua pertandingan dalam satu musim.

Itulah bekas pemain Manchester United, Cristiano Ronaldo sewaktu bermain buat pasukan itu pada antara 2007 dan 2008, di mana beliau mencatatkan 42 gol dalam 49 perlawanan.

Ia sekali gus menyaksikan pasukan di bawah pengurus Sir Alex Ferguson ketika itu memenangi Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara.

Di samping penampilannya sebagai penjaring gol utama Liga Perdana Inggeris dengan 31 jaringan, bintang Portugal turut menyumbang lapan gol dalam Liga Juara-Juara dan tiga pada Piala FA.

Bagi musim ini, seramai tiga pemain dilihat berpotensi untuk mencapai prestasi '40 gol' itu.

Pemain Tottenham, Harry Kane antara yang berpotensi berikutan telah menjaringkan 35 gol pada musim ini.

Jaringan itu meliputi 24 gol Liga Perdana Inggeris, empat (Piala FA) dan tujuh (Liga Juara-Juara).

Pemain Liverpool, Mohamed Salah turut tampil cemerlang di Anfield yang kini mempunyai 32 gol pada musim ini, termasuk 24 pada Liga Perdana Inggeris, satu (Piala FA) dan tujuh di Eropah.

Selain Kane dan Salah, pemain Manchester City, Sergio Aguero turut disebut-sebut sebagai penjaring utama yang mampu mencatatkan prestasi terbaik selepas menjaringkan 30 gol pada musim ini.

Jumlah gol itu terdiri daripada 21 gol pada Liga Perdana Inggeris, dua (Piala FA) dan tiga (Pila EFL) dan empat (Liga Juara-Juara).

Persoalannya, mampukah ketiga-tiga pemain ini dapat mengatasi pencapaian Ronaldo? - Mail Online UK

Cristiano Ronaldo

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain