suria

Ghaddar Kembali Ke Kota Bharu

KOTA BHARU: Bekas penyerang import Kelantan musim lalu, Mohammed Ghaddar akan kembali memperkuatkan jentera serangan pasukan The Red Warriors (TRW) dalam saingan Liga Malaysia 2018.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Bibi Ramjani Ilias Khan berkata pemain dari Lubnan itu  dibawa masuk bagi menggantikan pemain import, Magaro Gomis yang mengalami kecederaan.

"Mohammed Ghaddar dijangka tiba Khamis ini untuk bersama pasukan menjalani latihan bagi persiapan menghadapi perlawanan Liga Super," katanya ketika dihubungi Isnin malam.

Bibi Ramjani berkata Kafa sudah melengkapkan pendaftaran pemain berkenaan.

Beliau berkata dengan kehadiran pemain tersebut, pihaknya berharap ia akan memberi kesan positif kepada pasukan bimbingan Sathit Bensoh itu.

Sepanjang mewakili Kelantan musim lalu, Mohammed Ghaddar berjaya menjaringkan 18 gol dalam 12 perlawanan, sebelum beliau berhijrah ke pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT).- Bernama

Ghaddar, Kelantan

Artikel Sebelum

Chelsea Lega Catat Kemenangan

Artikel Lain