suria

Jose Mourinho Harap Kemenangan Berpihak Kepada United Di St James Park

PENGURUS Manchester United, Jose Mourinho berharap akan menang di Newcastle pada perlawanan hujung minggu ini.

Bagi seorang pengurus yang melakar kejayaan demi kejayaan di England termasuk menjuarai tiga kali Liga Perdana Inggeris, ia agak mengejutkan apabila dia gagal memenangi enam perlawanan di St James Park.

"Saya tidak tahu," kata bos United itu sambil ketawa ketika ditanya mengapa dia tidak boleh menang di Newcastle.

"Ia benar. Saya rasaya ia satu-satunya stadium dalam Liga Perdana Inggeris yang saya tidak menang, dan juga di Huddersfield, tapi saya hanya bermain di sana sekali sahaja.

"Saya rasa ia sukar. Saya nak ke sana sebab saya suka perasaan pergi ke 'rumah' Sir Bobby Robson.

"Saya suka stadium itu kerana ia sangat bagus dan saya suka suasanananya.

"Tapi saya tak boleh menang. Saya kalah dan seri beberapa kali.

"Saya harap keputusan esok berbeza, tapi saya tahu karakter permainan itu tidak akan berbeza.

"Saya rasa pasukan mereka bagus dan mereka mempunyai tingkap perpindahan yang bagus dengan Kenedy dan Slimani.

"Mereka berdua adalah pemain yang sangat saya kenali dan boleh membantu pasukan itu," kata Mourinho. - Eurosport

Jose Mourinho, Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain