suria

City Setuju Bayar £44.5 Juta Untuk Sasaran United

Pep Guardiola. -fotoGetty

MANCHESTER City dan Manchester United dilaporkan bersaing untuk mendapatkan pemain sasaran yang sama musim depan.

Bagaimanapun City dikatakan telah bersetuju dengan perjanjian bernilai £44.5 juta dengan Shakhtar Donetsk untuk menandatangani Frederico Rodrigues atau lebih dikenali sebagai Fred.

Pemain tengah itu adalah pemain yang dikehendaki di Eropah dengan United juga mahu meyakinkan Fred untuk melengkapkan perpindahan ke Liga Perdana.

Fred telah diawasi oleh kedua-dua kelab musim ini dengan City gagal dalam usaha untuk membawa pemain dari Brazil itu ke kelabnya pada Januari.

Tetapi, Goal mendakwa satu perjanjian dasar telah dicapai dengan kelab Ukraine itu dan Fred akan bergabung dengan rakan sepasukan barunya apabila jendela musim panas dibuka.

Fred. -fotoGetty

Pep Guardiola tidak sabar untuk mencari pemain yang akan bersaing dengan Fernandinho di bahagian tengah dan melihat Fred sebagai pengganti jangka panjang kepada rakan sepasukannya di Brazil itu.

City kekal berhubung dengan Shakhtar sejak Januari dan perbincangan telah sampai ke satu lagi tahap minggu ini.

Kedua-dua kelab dan pemain bersetuju dengan perpindahan ini, walaupun belum ada pengesahan rasmi dan Fred masih belum menandatangani apa-apa.

United akan kecewa kerana terlepas Fred, tetapi Guardiola telah mengenal pasti pemain berusia 24 tahun itu sebagai sasaran utama.

Fred bermain untuk Shakhtar di bahagian tengah dan hanya terlepas empat perlawanan kerana penggantungan musim ini.

Fred, Pep Guardiola

Artikel Berikut

Artikel Lain