suria

Sanchez Semakin Hampir Ke Man United

Alexis Sanchez. Foto AP

ALEXIS Sanchez semakin hampir menyertai ke Manchester United.

Pemain kelahiran Chile dijangka menyertai Manchester United menerusi perjanjian yang mungkin menyaksikan Henrikh Mkhitaryan ke Arsenal.

Sanchez tiba di London Colney untuk latihan tetapi menyelesaikan sesi bersama pasukan pembangunan kelab menjelang perlawanan menentang Crystal Palace pada Sabtu.

Perkembangan ini memberikan petunjuk yang jelas namun langkah Sanchez ke Old Trafford semakin hampir.

Arsenal bagaimanapun enggan mengulas ketika dihubungi Sportsmail.

Bintang berusia 29 tahun itu bersetuju dengan perjanjian £450,000 (RM2.47 juta) seminggu di Manchester United.

Sanchez bakal menerima gaji pokok sebanyak £350,000 (RM1.92 juta) seminggu dan tambahan £100,000 (RM549,000) seminggu dan £7.5 juta (RM41.18 juta) setahun apabila menandatangani kontrak berkenaan selama empat tahun.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger pada Khamis berkata, perjanjian itu mungkin berlaku dalam tempoh 48 jam akan datang tetapi mengatakan bahawa sekiranya perpindahan itu tidak dimuktamadkan pada hujung minggu ini, Sanchez akan disenaraikan dalam skuadnya untuk menghadapi Eagles.

"Ia mungkin berlaku tetapi sebarang perkara boleh berlaku sebaliknya. 

"Ia kini dalam tempoh 24 hingga 48 jam akan datang sama ia akan berlaku atau tidak," katanya. - Mail Online

Alexis Sanchez

Artikel Sebelum

Wenger Tak Akan Berundur

Artikel Berikut

Artikel Lain