suria

Sanchez: Wenger Masih Berteka-Teki

ARSENE Wenger belum dapat memberikan perkembangan terkini terhadap masa depan Alexis Sanchez, tapi pengurus Arsenal itu tidak menolak jangkaan bahawa Manchester United dan Manchester City sedang memburu bintang kelahiran Chile itu.

Sanchez kekal menjadi buruan utama bagi City selepas terlewat melakukan pertukaran di Stadium Etihad dalam tingkap perpindahan lalu.

United dilaporkan menjadi pesaing City baru-baru ini selepas didakwa cuba untuk merampas pemain yang berada dalam pemerhatian Pep Guardiola.

Wenger menjawab pertanyaan media tentang Old Trafford sebagai padang baharu buat Sanchez, namun dia seakan ingin berteka-teki.

“Jujurnya, saya tidak boleh beritahu lebih buat masa ini sebab belum ada yang betul-betul kukuh,” katanya.

Ketika diasak tentang kemungkinan United turut mengintai bintang tersebut, Wenger berkata: “Anda simpulkan begitu. Anda boleh katakan - bukannya saya tidak mahu memberitahu, tapi saya tidak mahu beri maklumat yang salah. Tiada keputusan lagi.”

Ada cakap-cakap yang mengatakan persaingan antara City dan United untuk mendapatkan khidmat bekas pemain Barcelona itu mungkin berpihak kepada Arsenal, tapi Wenger memberi bayangan bahawa rundingan harga sedang dilakukan.

“Bidaan harga selalunya berguna buat kelab yang ingin mengambil kesempatan, tapi kami tidak begitu. Biasanya, kami mahu dia kekal sehingga musim ini berakhir. Kita akan lihat.” - Four Four Two

Alexis Sanchez

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain