suria

Klopp Bukan Nak Membazir

JURGEN Klopp tidak fikir tentang duit ketika berhasrat untuk mengikat pemain Southampton, Virgil van Dijk dengan nilai £75 juta (RM411 juta).

Liverpool akan bersaing untuk menandatangani pemain pertahanan Southampton itu apabila tingkap perpindahan dibuka pada 1 Januari ini.

Nilai itu dianggap sebagai satu rekod dunia buat seorang pemain pertahanan dan mencetuskan kekecohan daripada beberapa pihak yang mendakwa kelab tersebut sanggup membayar dengan harga tidak masuk akal.

Namun, pengurus Liverpool itu berkata, kelabnya hanya menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku dalam pasaran.

"Perkara terakhir yang saya fikir adalah harga. Bukan sebab saya nak membazir, kami hanya fikir tentang pemain.

"Ia satu perubahan besar. Ia bukan sesuatu yang baik, tapi itulah pasaran, itulah dunia," katanya.

Klopp mengakui bahawa enam bulan kebelakangan ini telah berlaku perubahan yang besar dengan harga para pemain peringkat elit meningkat secara mendadak. - Daily Mail.

Jurgen Klopp, Virgil van Dijk

Artikel Sebelum

Mkhitaryan Diintai Inter Milan?

Artikel Berikut

Artikel Lain