suria

Hajat Kelantan Tak Kesampaian

HASRAT Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) mahu mengikat bekas penggempur berbisa Melaka, Marko Simic bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) 2018 tidak kesampaian selepas pemain itu menolak tawaran mereka.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Setiausaha Agung Kafa, Husin Deraman yang berkata, penyerang kelahiran Crotia itu tidak bersetuju dengan tawaran yang dikemukakan oleh Kafa sepanjang tempoh rundingan berlangsung.

“Selepas gagal mendapatkan Simic, Kafa terpaksa mengubah perancangan dengan mencari pengganti kepada pemain berkenaan.

“Buat masa ini kita sedang berunding dengan beberapa pemain yang sudah ada dalam senarai untuk dibawa masuk bagi memperkasakan TRW 2018,” katanya.

Husin memberitahu, bagaimanapun beliau tidak boleh mendedahkan senarai pemain yang akan mengisi kekosongan ditinggalkan oleh Simic.

Sebelum ini, rundingan akhir antara Kafa dengan Simic bakal dimuktamadkan selewat-lewatnya pada Khamis sama ada dia mahu bersama Kelantan atau tidak pada musim depan.

Kewibawaan Simic, 29, tidak perlu dipertikai apabila membantu skuad Hang Tuah kekal dalam kempen Liga Super musim depan walaupun dibawa masuk pada pintu perpindahan kedua pemain bagi saingan Liga M.

Biarpun hanya separuh musim bersama skuad kendalian Eduardo Almeida, namun ternyata sentuhan penyudah bekas tonggak Negeri Sembilan itu cukup tajam apabila meledak sembilan gol dalam lapan perlawanan termasuk pada kempen Piala Malaysia.

Setakat ini The Red Warriors (TRW) telah pun memiliki tiga pemain import iaitu Margaro Gomis (Perancis), Cassio Francisco de Jesus (Brazil) Do Dong-hyun (Korea Selatan). - Sinar Online

Marco Simic, Kelantan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Mkhitaryan Mahu Kembali Ke Jerman

Artikel Lain