United Mahu Sambar Bintang Brazil - Sukan | mStar

United Mahu Sambar Bintang Brazil

MANCHESTER United bersedia membawa masuk bintang Brazil, Malcom dengan bidaan bernilai 26 juta pound sterling.

Pada awal minggu ini, Jose Mourinho berkata dia terbuka untuk mendapatkan khidmat Malcom sebaik sahaja jendela perpindahan pemain dibuka semula bulan depan.

The Times mendakwa Mourinho akan menerima dana sebanyak 80 juta pound sterling untuk memperkukuhkan skuadnya musim ini.

United sebelum ini berminat untuk memuktamadkan perpindahan Ivan Perisic pada Ogos lalu tetapi bintang Croatia itu memilih untuk kekal bersama Inter Milan.

Dan kini Malcom pula menjadi sasaran Mourinho.

Bintang berusia 20 tahun itu merupakan tonggak utama Bordeaux sejak berhijrah ke kelab tersebut pada 2016 dengan menjaringkan 15 gol dalam 65 perlawanan liga.

"Jika anda boleh membeli pada Januari, pemain yang anda mahukan pada Jun, Julai dan anda ada peluang untuk mendapatkan khidmatnya beberapa bulan sebelum itu, jadi ia peluang yang amat berharga," katanya.

Manchester United , Malcom

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Pemain City Ejek United, Mourinho

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain

6 pemimpin parti menghadap Agong

Anwar dijangka menghadap Agong Isnin