suria

Marcote Dedah Status Pemain Import Baru Kedah

SEJURUS menandatangani kontrak sebagai ketua jurulatih Kedah bagi musim 2018 pada Selasa, Ramon Marcote tidak menunggu lama untuk mendedahkan status pemain import baharu skuad berkenaan.

Marcote yang meninggalkan Kedah sebagai penolong jurulatih kembali menerajui skuad tersebut selepas didesak penyokong.

Berikutan itu, harapan penyokong skuad hijau kuning untuk melihat Kedah kembali merampas piala penting dalam saingan musim depan pastinya menjadi tanggungjawab pengendali dari Sepanyol itu.

Menurut bekas pegawai Atletico Madrid itu, dia telah mengenalpasti tiga pemian import yang akan mengisi kekosongan yang ada.

"Saya telah kenal pasti tiga pemain import untuk Kedah mengikut kuota yang ditetap. Saya akan berjumpa mereka dan berbincang lanjut untuk memastikan mereka menyarung jersi Kedah.

"Jika mendapat persetujuan semua pihak termasuk Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), ketiga-tiga pemain berkenaan akan tiba selepas sambutan Hari Ntal nanti.

"Dua pemain import sedia ada Kedah iaitu Liridon Krasniqi dan Sandro Da Silva juga akan mula menjalani latihan bersama pada akhir bulan ini," katanya kepada mStar Online.

Marcote Selain itu turut melahirkan kegembiraan kerana dapat kembali membimbing Kedah selepas membawa pasukan itu ke final Piala Malaysia pada musim 2015.

Baginya, kehadiran sebagai ketua jurulatih kali ini tidak memerlukan masa yang lama untuk mengenali pemain kerana rata-rata mereka adalah individu yang sama sejak musim 2015.

Malah, jelasnya, dengan bantuan Mohd Nidzam Adzha Yusof, tugasnya untuk membentuk skuad terbaik dapat dilaksanakan dengan sempurna kerana legenda tersebut pernah menerajui Kedah musim lalu.

Kedah, Ramon Marcote

Artikel Sebelum

Zahasmi Dapat Jawatan Baharu

Artikel Berikut

Artikel Lain