suria

Hadiah Krismas: Ronaldo Mahu Seorang Lagi Anak

SESIAPA sahaja mahukan hadiah istimewa daripada yang tersayang sempena sambutan Krimas pada 25 Disember ini.

Namun bagi bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo, dia mahukan seorang lagi cahaya mata sebagai hadiahnya sempena Krismas.

Itu reaksi spontan Ronaldo ketika ditanya mengenai hadiah yang diinginkannya pada sambutan tersebut.

"Seorang lagi bayi.... tidak ia hanya gurauan. Saya bahagia bersama empat anak saya tetapi saya mahu tujuh Gold Ball dan tujuh anak," katanya.

Bapa kepada empat anak itu berada di kemuncak kariernya apabila memenangi anugerah Ballon d'Or buat kali kelima, awal pagi Jumaat.

Kapten Portugal itu menewaskan pencabar terdekatnya, Lionel Messi dan Neymar dari Brazil.

Dengan kemenangan itu, Ronaldo kini menyamai rekod Messi yang pernah meraih gelaran tersebut sebanyak lima kali.

Cristiano Ronaldo, Krismas

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain