suria

Pogba Tidak Akan Rayu

PAUL Pogba tidak akan mengemukakan rayuan terhadap layangan kad merah yang diterimanya ketika Manchester United menundukkan Arsenal 3-1, awal pagi Ahad lalu.

Pemain kebangsaan Perancis itu diperintah keluar padang pada babak kedua selepas mengasari Hector Bellerin.

Akibatnya, dia digantung tiga perlawanan.

Ini bermakna dia akan terlepas aksi penting menentang Manchester United pada Ahad ini selain pertemuan dengan Bournemouth dan West Brom.

Namun Pengurus Jose Mourinho mengesahkan Pogba akan diturunkan menentang CSKA Moscow pada aksi Liga Juara-Juara, awal pagi Rabu.

"Dia tidak digantung untuk perlawanan Liga Juara-Juara. Dia akan bermain pagi esok.

"Sudah tentu dia keletihan kerana perlawanan besar pada hujung minggu dan hanya mempunyai masa selama dua hari untuk mempersiapkan diri menjelang pertemuan dengan CSKA.

"Namun dia amat teruja untuk beraksi dan cuba mengekalkan momentumnya sejak pulih daripada kecederaan. Dia amat luar biasa," kata Mourinho.

Sementara itu, Mourinho mengesahkan United tidak akan diperkuat Nemanja Matic yang bergelut dengan kecederaan dan Zlatan Ibrahim yang terpaksa direhatkan kerana enggan mengambil risiko terhadap kecederaan lututnya.

Paul Pogba

Artikel Sebelum

Mourinho Yakin Dapat Sambar Rose

Artikel Berikut

Artikel Lain