suria

Penampilan Istimewa Petinju Legenda

Tunku Ismail hadir ke Majlis Hi-Tea Sempena Termetrai Memorandum Persefahaman Perlawanan Tinju Manny Pacquiao.

JOHOR BAHRU: Petinju legenda Filipina, Manny Pacquiao bakal beraksi dalam acara terbesar, The Johor Redemption yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada tahun depan.

Acara dianjurkan Jaohar Events itu dijangka menampilkan bakat sukan tinju selain penampilan istimewa Pacquiao atau PacMan sendiri.

The Johor Redemption akan menjadi bukti mengapa PacMan digelar peninju hebat sepanjang masa.

Pengerusi Jaohar Group Sdn Bhd, Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, acara The Johor Redemption itu merupakan buah fikiran dan idea Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Manny Pacquiao dua kali berkunjung ke Johor dalam tempoh dua bulan yang lalu. Dari kunjungan tersebut terjalinlah persahabatan istimewa di antara Manny Pacquiao dengan Tunku Mahkota Johor sendiri,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Hi-Tea Sempena Termeterai Memorandum Persefahaman Perlawanan Tinju Manny Pacquiao di Hotel Thistle di sini, Jumaat.

Tunku Ismail turut berangkat hadir ke majlis tersebut.

Khairul Anwar berkata, gabungan kedua-dua insan istimewa itu merupakan cerminan kepada falsafah sangat penting dalam dunia sukan iaitu semangat juang yang tinggi, ketabahan luar biasa, keberanian dan iltizam tanpa sempadan.

Katanya, pihaknya dititahkan Tunku Mahkota Johor untuk menguruskan perjalanan acara tersebut.

Pacquiao akan terlibat dengan beberapa program termasuklah menjalani latihan di Johor selama sebulan sebelum berentap pada acara kemuncak dalam The Johor Redemption itu.- Sinar Harian

Manny, Tunku Ismail

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Tak Suka, Boleh Pecat - Queiroz

Artikel Lain