suria

Mourinho Dedah Misteri But Hitam Lukaku

JOSE Mourinho mendakwa kegagalan Romelu Lukaku menjaringkan gol ketika menentang Watford berpunca daripada ketiadaan tajaan pada butnya.

Namun itu hanyalah gurauan Mourinho kepada wartawan yang bertanyakan mengenai prestasi penyerang berkenaan.

Pemain Belgium itu dikesan memakai but hitam dengan jenama Nike yang cuba dipadam dengan dakwat hitam.

Gurauan itu juga mendedahkan bahawa Lukaku kini tidak memunyai tajaan untuk butnya dan ia membuka peluang kepada syarikat barangan sukan untuk membuat tajaan.

"Setakat sekarang dia tidak mempunyai kontrak dengan mana-mana syarikat, sebab itu dia menggunakan but hitam.

"Tajaan sebelum ini telah tamat dan dia sedang menunggu tajaan baharu. Dalam tempoh ini dia akan bermain dengan but hitam dulu," jelas Mourinho.

Manchester United, Romelu Lukaku

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Sam Allardyce Pilihan Everton

Artikel Lain