suria

Mamu Kedah Teruja Sertai Skuad B-22

Foto: Instagram Moh_draphi

PETALING JAYA: Raphi Azizan Mariappen tidak mahu mensia-siakan peluang yang diberikan Datuk Ong Kim Swee.

Bekas pemain pertahanan Kedah yang menyarung jersi PJ Rangers sejak musim lalu itu merupakan pemain remaja yang tidak asing lagi dalam skuad muda kebangsaan.

Baginya, tidak menjadi masalah baginya untuk bermain dalam liga utama Malaysia (Liga Super) atau pun tidak.

"Apa yang penting bagi saya adalah pengalaman bermain dalam pelbagai pasukan atau kelab serta melakukan yang terbaik.

"Sebelum ini saya bersama Kedah dan dapat bermain dengan pemain-pemain senior. Banyak pengalaman yang saya pelajari.

"Cuma saya gembira jurulatih Kim Swee terus yakin dengan bakat dan kemampuan yang saya ada," ujarnya pemain yang masih setia dengan PJ Rangers.

Raphi atau lebih dikenali dengan panggilan 'Mamu' memberitahu, namanya turut tersenarai bagi menjalani latihan pusat skuad negara (B22) menjelang Piala Asia Bawah 23 Tahun di China Januari ini.


"Saya akan bekerja lebih keras untuk memastikan tersenarai dalam barisan utama dan bermain lebih kerap. Sebelum ini saya jarang diturunkan kerana percaya percaturan jurulatih lebih kepada barisan serangan.

"Pun begitu, aksi di China nanti adalah peluang besar untuk saya menimba pengalaman beraksi dengan negara-negara Asia yang lain," jelasnya.

Dalam pada itu, Raphi mengakui dia gembira kerana dipertemukan kembali dengan jurulatih, Hassan Sazali Waras yang baharu dilantik membimbing skuad PJ Rangers.

"Sebelum ini memandangkan pernah berlatih dengannya ketika bersama Harimau Muda A dan C.

"Jadi perasaan teruja 'tu' untuk bermain lebih baik dan membantu pasukan untuk berada di kedudukan dalam Piala FAM," jelas bekas pelajar Sekolah Sukan Bandar Penawar ini.

PJ Rangers yang dimiliki Kumpulan AirAsia ini menamatkan saingan Piala FAM di kedudukan ketiga keseluruhannya musim lalu.

Raphi Azizan, B22

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Pemain Kedah Terganggu

Artikel Lain