Rajagobal Bagai Sireh Pulang Ke Gagang - Sukan | mStar

Rajagobal Bagai Sireh Pulang Ke Gagang

SHAH ALAM: Ibarat sirih pulang ke gagang buat Datuk K. Rajagobal.

PKNS FC secara rasminya melantik bekas pengendali skuad Harimau Malaya itu yang kembali ke tempat permulaan karier sebagai ketua jurulatih baharu PKNS FC.

Beliau dibawa masuk ke PKNS sebagai anggota dan juga pemain pada tahun 1978 sebagai gandingan kepada Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari, Rajagobal mencipta kejayaan demi kejayaan bersama pasukan dalam saingan domestik.

Beliau mengembangkan karier melalui kejurulatihan bersama pasukan PKNS FC di dalam Liga Selangor seterusnya menjadi jurulatih pasukan negeri, Selangor dan Kelantan dalam saingan Liga Malaysia.

“Saya telah berkhidmat sebagai anggota dan pemain PKNS FC selama 22 tahun.Ianya satu penghargaan besar untuk saya kembali ke Padang Kelana Jaya setelah ditawarkan menjadi jurulatih pasukan.

“Saya akan curahkan segala pengalaman yang ada termasuk ketika menentang pasukan kelab Manchester United, Chelsea, Arsenal dan Barcelona sebaik mungkin bagi membantu PKNS FC mencipta kejayaan," jelasnya dalam satu kenyataan PKNS FC.

Sebagai rekod, pada tahun 2001, Rajagobal dilantik sebagai jurulatih peringkat umur di Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tugasan terakhir adalah sebagai jurulatih skuad senior sebelum bersara pada tahun 2013, menjadikan beliau sebagai jurulatih yang paling lama berkhidmat untuk FAM.

Pencapaian terbaik Rajagobal adalah membawa skuad Bawah 23 Tahun Kebangsaan memenangi pingat emas pertama selepas 20 tahun di Sukan SEA 2009 Laos dengan menewaskan Vietnam di pentas akhir.

Pada tahun 2010 pula, Rajagobal memenangi Piala AFF Suzuki buat kali pertama sejak diperkenalkan pada 1996. Kejayaan berturut ini membuatkan beliau dipanggil King Gopal oleh penyokong.

K.Rajagobal , PKNS FC

Artikel Sebelum

Bolasie Kembali Selepas Hampir Setahun

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

PKNS FC Bakal Uji Pemain Import Baharu

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain